RELEVANKAH AKU DI HATIMU?

Bab 1

April 1999

Aku mendongak ke langit. Aku lihat kepulan awan-awan hitam mula melitupi ruang angkasa padang bola jarring bumi SERATAS yang tercinta. Ah. mungkinkah akan…

“Satu, dua, tiga…”

Sebaik sahaja kiraan tiga aku tamat, hujan gerimis dengan malu-malunya turun dari langit. Setitik demi setitik… dan akhirnya ribuan mungkin jutaan titik-titik hujan yang keluar dari perut awan-awan yang sarat mengandungkan wap-wap air.

Aku tersengih. Kebetulan ler pulak. Entah mengapa sejak dua menjak ini aku rasa aku telah menjadi peramal kaji cuaca tidak bertauliah yang berjaya. Berkat pemerhatian yang berterusan ke atas perubahan dan bentuk-bentuk awan, angin dan sebagainya, ramalan aku hampir benar belaka. Tidak sia-sia ilmu geografi dan sains yang dipelajari sewaktu di sekolah menengah rendah dulu.

Aku menebarkan pandangan ke padang bola jaring ini. Ternyata hujan yang kian menggila tidak melunturkan semangat penyokong kedua-dua belah pasukan untuk terus setia menyaksikan perlawanan pada separuh masa kedua pula. Ada di antara mereka berteduh di bawah khemah yang disediakan dan ada juga yang berpayung. Kain-kain rentang masih terpacak walaupun telah basah kuyup ditimpa hujan.

Anda dapat download filenya untuk kelanjutan ceritanya. u_relevankah-aku-di-hatimu

2 Tanggapan

  1. Salam,

    Saya harap anda dapat men’delete’ file novel RELEVANKAH AKU DI HATIMU ini. Sebagai pemilik novel ini, saya menganggap perbuatan anda ini telah melanggar Akta Hak Cipta 1957 (Malaysia) kerana novel ini telah pun dijadikan sebuah buku dan dijual di pasaran.

    Kerjasama anda amat saya hargai.
    Sekian, terima kasih.

  2. Salam,

    Could you please kindly remove all the novel (Relevankah Aku Di Hatimu) by rnysa in your page because it is protected by the copyright under Jemari Seni Publishing (JS),and it is against the author wishes to have their works to be distributed like this.

    Thank you for your understanding. May Allah bless.

    Regards,
    Rnysa

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: